- Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Profesional dalam mana-mana bidang.
- Berpengalaman & berpengetahuan luas dalam aktiviti perniagaan Ar-Rahnu.
- Berpengetahuan menggunakan aplikasi Microsoft Office (Word, Excel & Powerpoint)
- Seorang berdisiplin dan menepati masa
- Boleh bertugas secara “multi tasking”
- Seorang yang amanah, jujur, bertanggungjawab dan berintegriti dalam menjalankan tugas
- Boleh bekerja dibawah pengawasan yang meminima
- Boleh bekerja di luar kawasan operasi (sekira diarahkan)
- Boleh menerima arahan dengan baik
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
- Berpewatakan menarik dan keterampilan kemas
- Mempunyai pengetahuan secara ‘basic’ dalam bidang perakaunan, kewangan dan pemasaran.
TUGAS OPERASI
1.Menguruskan dan memantau urusan pembukaan premis sebelum memulakan operasi serta mengakses Sistem Online Ar-Rahnu (SOARX) dengan melakukan proses `MULA HARI`.
2.Melakukan proses `AKHIR HARI` setelah tamat waktu operasi Ar-Rahnu X’Change dan menutup premis.
3.Bertanggungjawab dalam memegang nombor kombinasi peti besi seperti yang direkodkan dalam Rekod Pemegang Kunci / Kombinasi.
4.Menyelia, memantau dan membuat pengesahan bagi transaksi Gadaian.
5.Membuat pengesahan transaksi Tebusan dan Gadai Semula (Overlap).
6.Memastikan kunci emas bagi pengujian asid sentiasa dijaga rapi dan disimpan di dalam peti besi setiap hari.
7.Menguruskan Permohonan Modal (Tunai) untuk transaksi daripada Sekatarakyat.
8.Menguruskan urusan pindahan tunai dari Ar-Rahnu ke Bank.
9.Menyediakan Laporan Harian dan Laporan Bulanan Ar-Rahnu.
10.Tugas –tugas lain yang diarahkan oleh pihak Sekatarakyat.
11.Sentiasa mematuhi Garis Panduan Operasi Ar-Rahnu X’Change (ARX) yang disediakan oleh RMS.
URUSAN LELONGAN BARANG KEMAS
1. Menguruskan kerja-kerja Lelongan Awam dan Lelongan RMS.
2.Memastikan aktiviti lelongan dijalankan mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam sistem bagi menggelakkan berlakunya penambahan jumlah akaun NPF.
3.Menyediakan senarai akaun gadaian yang akan dilelong di peringkat Lelongan Tertutup atau Lelongan RMS.
4.Menyemak barang kemas dan memastikan barang kemas tersebut adalah berdasarkan mutu dan berat yang sebenar.
5.Menyediakan rekod /ringkasan lelongan secara terperinci.
6.Menyediakan Laporan Lelongan dan Laporan Bulanan.
MENGURUSKAN KERJA-KERJA PROMOSI
1.Merancang & menyediakan jadual aktiviti-aktiviti promosi secara progresif.
LAPORAN BULANAN
1.Menyediakan laporan berkenaan operasi perniagaan Ar-Rahnu secara bulanan serta tahunan.