EKSEKUTIF AR-RAHNU

Kuala Lumpur, Malaysia • Full-time

Description

  • Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Profesional dalam mana-mana bidang.
  • Berpengalaman & berpengetahuan luas dalam aktiviti perniagaan Ar-Rahnu.
  • Berpengetahuan menggunakan aplikasi Microsoft Office (Word, Excel & Powerpoint)
  • Seorang berdisiplin dan menepati masa
  • Boleh bertugas secara “multi tasking”
  • Seorang yang amanah, jujur, bertanggungjawab dan berintegriti dalam menjalankan tugas
  • Boleh bekerja dibawah pengawasan yang meminima
  • Boleh bekerja di luar kawasan operasi (sekira diarahkan)
  • Boleh menerima arahan dengan baik
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
  • Berpewatakan menarik dan keterampilan kemas
  • Mempunyai pengetahuan secara ‘basic’ dalam bidang perakaunan, kewangan dan pemasaran.

TUGAS OPERASI

1.Menguruskan dan memantau urusan pembukaan premis sebelum memulakan operasi serta mengakses Sistem Online Ar-Rahnu (SOARX) dengan melakukan proses `MULA HARI`.

2.Melakukan proses `AKHIR HARI` setelah tamat waktu operasi Ar-Rahnu X’Change dan menutup premis.

3.Bertanggungjawab dalam memegang nombor kombinasi peti besi seperti yang direkodkan dalam Rekod Pemegang Kunci / Kombinasi.

4.Menyelia, memantau dan membuat pengesahan bagi transaksi Gadaian.

5.Membuat pengesahan transaksi Tebusan dan Gadai Semula (Overlap).

6.Memastikan kunci emas bagi pengujian asid sentiasa dijaga rapi dan disimpan di dalam peti besi setiap hari.

7.Menguruskan Permohonan Modal (Tunai) untuk transaksi daripada Sekatarakyat.

8.Menguruskan urusan pindahan tunai dari Ar-Rahnu ke Bank.

9.Menyediakan Laporan Harian dan Laporan Bulanan Ar-Rahnu.

10.Tugas –tugas lain yang diarahkan oleh pihak Sekatarakyat.

11.Sentiasa mematuhi Garis Panduan Operasi Ar-Rahnu X’Change (ARX) yang disediakan oleh RMS.

URUSAN LELONGAN BARANG KEMAS

1. Menguruskan kerja-kerja Lelongan Awam dan Lelongan RMS.

2.Memastikan aktiviti lelongan dijalankan mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam sistem bagi menggelakkan berlakunya penambahan jumlah akaun NPF.

3.Menyediakan senarai akaun gadaian yang akan dilelong di peringkat Lelongan Tertutup atau Lelongan RMS.

4.Menyemak barang kemas dan memastikan barang kemas tersebut adalah berdasarkan mutu dan berat yang sebenar.

5.Menyediakan rekod /ringkasan lelongan secara terperinci.

6.Menyediakan Laporan Lelongan dan Laporan Bulanan.

MENGURUSKAN KERJA-KERJA PROMOSI

1.Merancang & menyediakan jadual aktiviti-aktiviti promosi secara progresif.

LAPORAN BULANAN

1.Menyediakan laporan berkenaan operasi perniagaan Ar-Rahnu secara bulanan serta tahunan.

Role Type

On-site • Permanent • Full-time • Executive

Pay Rate

2500 MYR – 3200 MYR (Month)

Company Overview

Memberikan Pembiayaan kepada anggota koperasi , menjadi agen insurans kepada syarikat-syarikat insurans Takaful dan mengendalikan insurans kepada peminjam-peminjam Bank Rakyat, perkhidmatan pembersihan di cawangan-cawangan Bank Rakyat, sewaan tanah, pengurusan harian Kafeteria dan kedai di Bank Rakyat Jalan Tangsi Kuala lumpur. Pembukaan perniagaan Ar-Rahnu dibawah franchais Ar-Rahnu X’Change PJ Old Town, Ar-Rahnu X’Change Sg Besi Ar-Rahnu X’Change Taman Selaseh Ar Rahnu X’Change Hulu langat Ar Rahnu X’Change Bandar Kinrara Ar Rahnu X’Change Seremban 2 Ar rahnu X’Change Kota Kemuning Ar Rahnu X’Change Dengkil Ar Rahnu X’Change Ampang Triangle Ar Rahnu X’Change Pasar Borong, Ar Rahnu X’Change Port Klang Ar Rahnu X’Change Taman Melawati & Ar Rahnu X’Change Dataran Otomobil .Mengembangkan perniagaan dalam bidang asuhan kanak-kanak.